Kehilangan

Al-fatihah Semoga Rohnya dicucuri Rahmat...Amin

Nama      : Rosli Khamis@ Loloq dan Nurbisa untuk lirik ciptaanya(1958 - 30 Januari 2008)
Asal         : Singgapura
Kerjaya   : Penulis lirik dan Pelakon
Bapa       : Rosli Dayut berasal dari Masjid Tanah, Melaka adalah bekas polis Tanah Melayu.
Ibu          : Maimunah adalah Cina mualaf.
Isteri       : Hariyah Yaacob
Anak       : Krsty Nur, Jaevn Nur dan Yasha Nur.
......................................................................................................................................................................

KERJAYA
Loloq mula aktif dalam bidang penciptaan lagu bermula tahun 1987. Beliau mula menumpahkan idea menulis lirik pada usia 27 tahun, Loloq pada kehidupan silamnya merupakan seorang lelaki yang menjalani kehidupan tanpa arah tuju. Dari Singapura dia sendirian berkelana ke Kuala Lumpur pada usia 23 tahun. Beliau pernah terlibat dengan najis dadah selama enam tahun, mengikut ajaran Tasauf dan menjadi kutu rayau, perjalanannya menemui paksi apabila bertemu M. Nasir dan Amy Search di Jalan Chow Kit sekitar tahun 1980-an.Pada waktu itu, beliau yang merupakan seorang penganggur dengan beraninya memujuk M.Nasir dan Amy menggunakan lirik ciptaannya untuk dimuatkan ke dalam album mereka.

......................................................................................................................................................................

MENCIPTA NAMA
Semasa hayatnya beliau pernah dikurniakan beberapa anugerah seperti penulis lirik terunggul dan menerima royalti tertinggi daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia Berhad (MACP) ke-11 menerusi lagu Dewa Dewi nyanyian kumpulan Spider menjulang namanya sebagai Penulis Lirik Terunggul lima tahun berturut-turut. Selain itu,Anugerah Lirik Nasyid pada majlis Anugerah Juara Nasyid Minggu Ini 2006 serta Anugerah Galakkan Penulis Lirik pada Anugerah Citra Wangsa Malaysia 2005. Beliau juga turut terbabit dalam menulis skrip filem Aduh Saliha yang judul asalnya ialah Misteri Mimpi Syakila arahan M Nasir. Bagaimanapun, filem itu tidak dapat disiapkan sehingga sekarang. Lirik lagu terakhir yang dicipta oleh Loloq berjudul "Angkasawan" yang dinyanyikan oleh kumpulan Butterfly    music preview
......................................................................................................................................................................

KEHILANGAN
Beliau telah meninggal dunia setelah empat hari terlantar di Hospital Pakar Damansara pada 30 Januari 2008 pukul 1.30 tengah hari akibat pendarahan otak. Penulis lirik ini telah menjalani pembedahan di kepala pada 29 Januari 2008 setelah menghidap pendarahan serius di kepala. Akibat terlalu banyak kandungan karbon dioksida di dalam paru-paru, kesannya melibatkan keseluruhan sistem dalaman badannya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Hariyah Yaacob dan tiga sahabat lain. Jenazah Allahyarham Loloq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh selepas solat Asar.

......................................................................................................................................................................
Kongsi

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...