Akhil Hayy Rawa atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy adalah seorang pendakwah bebas dan penyanyi di Malaysia. Beliau berketurunan Rawa dan dilahirkan di Gopeng, Negeri Perak. Sebagai seorang pendakwah, beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Akhil. Semasa zaman remaja, Ustaz Akhil merupakan salah seorang anggota kumpulan rock di Malaysia
Kumpulan tersebut diberi nama D'Riyadh. Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran "Ustaz Rock" kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu
.......................................................................................................................................................................
Sejarah awal
Pembabitan Ustaz Akhil dalam bidang muzik bermula semasa beliau di tingkatan tiga lagi dan pada ketika itu beliau sudah menjadi penyanyi di majlis kenduri orang kahwin. Pada tahun 1988 beliau menyertai pertandingan Konsert Box Office bersama rakan kumpulan D'Riyadh yang lain {ajuran Ali Bakar dan mereka telah berjaya muncul sebagai juara dengan mengalahkan 113 buah kumpulan rock yang lain di Malaysia. Bermula pada ketika itulah beliau terus aktif sebagai penyanyi. Dari tahun 1986 hingga 1990 beliau aktif sepenuhnya di persada muzik dan telah menghasilkan tiga buah album. Di atara lagu beliau yang mendapat tempat dihati peminat ketika itu ialah lagu
Memori Cinta Lama
0 ulasan:
Catat Ulasan