Genre & Kategori


GENRE MUZIK

Genre muzik ialah binaan kategori dan tipologi yang mengenal pasti bunyi-bunyi muzik sebagai tergolong dalam sesuatu kategori dan jenis muzik yang dapat dibezakan daripada jenis muzik yang lain.Terdapat banyak pendekatan terhadap genre. Dalam bukunya, Form in Tonal Music(Bentuk dalam Muzik Tonal),Douglass M. Green menyenaraikan madrigal, motet, kanzona, ricercar, dan tarian sebagai contoh genre daripada Zaman Pembaharuan Eropah.
......................................................................................................................................................................
GENRE DAN GAYA

Sesetengah orang menganggap kedua-dua istilah "genre" dan "gaya" sebagai sama sahaja dan menyatakan bahawa genre harus ditakrifkan sebagai buah-buah muzik yang berkongsi sesuatu "gaya" atau "bahasa muzik asas". Ada juga yang menyatakan bahawa "genre" dan "gaya" merupakan dua buah istilah yang berbeza,dengan ciri sekunder seperti kandungan juga dapat membezakan genre. Sesuatu genre (atas subgenre) muzik juga dapat ditentukan menerusi teknik, gaya, konteks, dan temanya (kandungan, semangat). Asal geografi kekadang juga dapat dipergunakan untuk menentukan genre muzik, walaupun setiap kategori geografi tunggal biasanya merangkumi berbagai-bagai subgenre.
......................................................................................................................................................................
KATEGORI  MUZIK

Hardcore punk  , seringkali dipanggil hardcore sahaja, ialah satu subgenre rock punk yang sebahagian besarnya bermula dari Amerika Utara (walaupun contoh awal boleh didapati di banyak tempat lain) pada akhir 1970-an. Bunyi baru ini secara umumnya lebih laju, parau dan erat dari rock punk awal. Hardcore awal mempunyai tempo pantas dengan dram dan vokal tepat masa, manakala hardcore punk moden mungkin mempunyai drams dan vokal yang tidak mengikut rentak tempo

Thrash metalmetal  , merupakan satu subgenre extreme heavy metal yang dicirikan dengan tempo laju dan keagresifannya.

Speed metal  , adalah satu genre muzik yang amat rancak dan kadang kala perlahan. Ia memerlukan suara yang amat tinggi untuk mencapai tahap speed metal. Terdapat juga dikalangan speed metal mempunyai rambut yang panjang dan sedikit kumpulan mempunyai rambut pendek. Oleh itu, speed metal dikategorikan muzik yang harus mempunyai tenaga yang kuat agar tumpuan muzik lebih rancak.

Rock punk,   merupakan genre muzik yang bermula dari atittuted dan fahaman anti-establishment dalam sekitar 60-an. Momentum besarnya meledak pada lewat 70-an dalam dunia muzik (terutamanya muzik rock). Kehadiran muzik rock punk pada lewat 70-an telah membawa ledakan muzik yang besar hingga ke hari ini.

Grunge  , merupakan genre muzik rock alternatif yang diilhamkan dari punk hardcore, muzik heavy metal, dan rock indie.Grunge dicipta pada pertengahan-1980s oleh kumpulan dari negeri Washington,terutamanya dari kawasan Seattle.

Nu metal   merupakan sub-genre bagi heavy metal yang mula bangkit pada awal 1990an yang menggabungkan muzik grunge,alternatif metal, funk metal, hip hop, serta pelbagai genre heavy metal lain seperti industrial, groove dan thrash

Death metal   adalah sejenis subgenre bagi muzik heavy metal yang berkembang daripada Thrash Metal semasa awal 1980-an. Ciri-ciri yang biasa dikenali termasuk janjang ritmik serta berkroma dan naratif atau struktur lagu "bercerita" (Nick Shirley). Death Metal dikenal pasti dengan irama gitar yang hebat, bunyi tukulan yang cepat serta kehebatan yang dinamik."Blast beat" seringnya digunakan untuk bertambah keganasan muzik. Lazimnya, vokal muzik ini merupakan bunyi mengagah yang dinamakan "growl", "death growl", ataupun "death grunt". Death metal biasanya melibatkan tema yang lebih nihilistik berbanding genre yang lain dan menggunakan metafora yang mengerikan atau "jahat" untuk menggambarkan konsep yang lebih besar. Tumpuannya kepada kematian serta sifat muzik ini yang keterlaluan mungkin menyebabkan penamaan genre ini sebagai "death" metal.Bunyi bernyanyi ini sengaja diganggu melalui penggunaan kerongkong. Band muzik genre ini pernah menggabungkan alat muzik yang lain  seperti keyboard. Death metal amat meletihkan pemain muzik, khususnya dalam bentuk yang lebih "teknikal".
Bersambung Edisi Ke2
......................................................................................................................................................................
Kongsi

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...