XPDC RASOPARISO

     Menyentuh tentang album terbaru XPDC, “RASOPARISO” akan memaparkan lagu-lagu baru XPDC yang berkonsepkan Fast Heavy Metal, Ballad, Moderate, dan 60's / A go-go. Keempat-empat konsep ini adalah konsep-konsep muzik yang pernah menaikkan nama XPDC dipersada muzik tanahair. Elemen kombinasi ini sebenarnya datangnya dari 4 album mereka sebelum ini iaitu album: Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, & Brutal yang digabungkan dalam album penyatuan semula mereka ini demi menyempurnakan kerinduan peminat mereka.

RASOPARISO” juga adalah kesinambungan bagi album “ROCK UNION” yang telah diterbitkan dan dipasarkan pada tahun 2008. Album tersebut adalah terbitan bersama Life Records dan EMI Malaysia.

Antara lagu-lagu di dalam album terbaru ini pula ialah: Dengar lagu klik   

*Rasopariso (reggae rock)   

*Aku Tetap Aku (ballad)   

*Aku Yang Hilang (moderate)   

*Apalagi Nak Di Kenang (A go-go)   

*NtahyeNtahtidak (Moderate)   

*Sana Sini Sama Saja (Heavy Metal)

*Rasa (ballad)    

*Sampai Bila (Heavy Metal)   

*Puing Cinta (60's)   

*Negatif (Heavy Metal)

*Curahan Rasa (moderate ballad)   

*Menentang Arus (moderate ballad)   
......................................................................................................................................................................
INFO

RASOPARISO” bermaksud budi-baik. Ianya cukup sesuai dengan tujuan gabungan dan album mereka ini yang mana tidak lain dan tidak bukan menjadi buah tangan mereka untuk industri muzik tanahair dan juga peminat-peminat XPDC sendiri. Album dan gabungan ini juga sebagai satu balasan yang diterjemahkan sebagai satu penghormatan buat Allahyarham Zul Adnan atau lebih dikenali sebagai J.S Kevin. Individu yang menamakan kumpulan ini sebagai XPDC. Disamping menjadi penerbit eksekutif bagi kumpulan ini, Allahyarham jugalah yang banyak mengubah lagu & lirik berhantu kumpulan ini.

Album RASOPARISO diterbitkan oleh kumpulan XPDC sendiri . Apa yang pasti, Mael, Izo, Zuar dan Amy akan bergerak semula sebagai XPDC Reunion untuk memanaskan kembali suasana industri muzik tanahair. Hidup Mesti Rock !!!
......................................................................................................................................................................

Kongsi

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...