NAMA:
Pada acara anjuran Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad itu, lagu Kalau Berpacaran dijulang sebagai juara daripada 10 lagu baru yang dihasilkan selama tiga hari bengkel berkenaan berlangsung.
Ana Nur Hidayah Mohd Raffali
TARIKH LAHIR:
4 November 1985
4 November 1985
TEMPAT LAHIR:
Kuala Lumpur
KERJAYA:
Komposer dan penyanyi
Komposer dan penyanyi
PENDIDIKAN:
Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL,
Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL,
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Pada acara anjuran Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad itu, lagu Kalau Berpacaran dijulang sebagai juara daripada 10 lagu baru yang dihasilkan selama tiga hari bengkel berkenaan berlangsung.
Ketiga-tiga penyanyi ini yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Anak Manja pada acara itu, bukan saja kreatif dalam penciptaan lagu, malah mereka menunjukkan kolaborasi tiga zaman yang jarang dilakukan karyawan muzik hari ini.
Jika Ana terkenal menerusi lagu ciptaan sendiri, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Altimet pula yang juga bekas anggota Teh Tarik Crew, pernah mencipta nama menerusi lagu Cantek. Bagi peminat Sohaimi Mior Hassan pula, siapa tidak kenal suara machonya itu dalam lagu Epilog Cinta Dari Bromley.Bagi Ana, dia begitu bersyukur dengan sambutan peminat terhadap lagu Kalau Berpacaran. Dia tidak menjangka penerimaan peminat tempatan melonjakkan populariti lagu rancak ala 60-an itu."Sebagai penyanyi solo, tentulah saya lebih suka dengan lagu saya sendiri dengan genre pilihan saya. Namun, apabila kami berkolaborasi dalam bengkel berkenaan, hasilnya menjadi gabungan tiga idea."Bagi saya, pendengar suka lagu Kalau Berpacaran kerana beberapa faktor.
Mungkin melodi Kalau Berpacaran itu 'catchy' hingga membawa perasaan pendengar terhadap perkara nostalgia. Ia juga bergantung kepada kekuatan suara Sohaimi yang unggul dan mampu mengimbau lagu zaman lampau."Mesej yang ingin disampaikan sangat jelas dan menariknya, terselit elemen jenaka dalam memberikan nasihat kepada anak muda. Malah, lagu ini menarik perhatian semua lapisan usia," katanya. Menerusi kolaborasi yang dianggap unik dan segar itu, Ana percaya ketiga-tiga penyanyi ini melengkapkan lagu berkenaan menjadi sempurna.

Kongsi
0 ulasan:
Catat Ulasan