Rambut adalah mahkota wanita, tak kira lah sama ada kamu bertudung ataupun tidak. Untuk memastikan rambut kamu sentiasa berada dalam keadaan sihat, si wanita @ ibu bertudung perlulah :-
- Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut kamu. Jika boleh dapatkan nasihat pakar.Jika kamu ingin membeli di farmasi, tanyalah kepada jurujual disitu terlebih dahulu.
- Jika kamu memakai tudung kepala, pastikan rambut dikeringkan terlebih dahulu, bagi mengatasi rambut berbuah atau berbau.
- Semasa mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan- lahan dari atas hingga kehujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Awas jangan menggosok rambut dengan kasar.
- Untuk mengembalikan kesegaran rambut, sapukan rambut dengan santan. Kemudian balut dengan tuala dan biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik amalkan kaedah ini seminggu sekali.
- Sebaiknya sebelum bertudung, rambut perlu disikat agar tidak kusut dan tersimpul. Secara tidak langsung ia akan menggalakkan pengaliran darah di bahagian akar rambut dan kulit kepala.
- Untuk mendapatkan kesegaran yang optimum, bilas rambut kamu dengan menggunakan air sejuk
- Untuk menghilangkan kelumumur, gosokan kulit kepala kamu dengan potongan limau purut yang telah dihangatkan. Kemudian bersihkan rambut kamu dengan syampu anti kelumumur.
- Bagi rambut berminyak, pilihlah syampu yang boleh digunakan setiap hari. Antara faktor yang menyebabkan rambut berminyak ialah ketidakstabilan hormon, stress, cuaca panas dan amalan permakanan yang tidak seimbang.
- Sikat rambut bila perlu sahaja. Amalan terlalu kerap menyikat rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan. Elakkan menyikat rambut dengan kasar dan belailah rambut kamu dengan lembut.
- Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut kamu tidak mudah kering dan kusam. Sebaliknya keringkan rambut kamu secara semula jadi
Kongsi
0 ulasan:
Catat Ulasan