Kenal pasti masalah rambut
Hujung rambut bercabang dikenali sebagai trichoptilosis. Secara umumnya,hujung rambut yang rosak akan terbelah menjadi dua atau tiga cabang sepanjang dua hingga tiga sentimeter. Ada yang terpaksa menutup kepala dengan topi bagi menyembunyikan masalah rambut tersebut.Rambut sebenarnya mempunyai gentian semula jadi dan protein, ia juga akan kehilangan imunisasi semula jadinya untuk mengekalkan kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia.Seterusnya akan menyebabkan rambut kering , mudah putus dan bercabang.
Masalah ini akan bertambah teruk andainya mendandan rambut dengan individu yang kurang berpengalaman dalam teknik mengerinting atau pewarnaan rambut.
Menurut kajian, kira-kira 10% wanita @ ibu-ibu mengalami masalah keguguran rambut akibat daripada kesalahan mendandan rambut.
Apabila kamu tidak cukup tidur atau dalam keadaan letih, rambut akan mengalami kekurangan nutrien yang diperlukan. Rambut juga berkemungkinan menjadi bercabang , hilang kekenyalan dan mudah putus.
kamu tidak perlu menyikat rambut terlalu kuat kerana ini bakal menyebabkan kerosakan pada rambut kamu.
Walau bagaimanapun, ramai wanita @ ibu-ibu tidak menghiraukan kesannya semata- mata untuk kelihatan cantik dan mengikut trend semasa. Kamu dinasihatkan agar mengetahui terlebih dulu keadaan rambut sebelum menggunakan sebarang bahan kimia atau teknik bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan