Kisah Aku Dan Rock


......................................................................................................................................................................

Rock Duniaku

Erm...mesti ramai yang nak tahu nape aku minat sangat rock ni kan?? Dari kecik aku selalu dengar lagu rock.
Semuanya bermula kerana ada sepupu2 ngan pakcik aku yang jadi "kipas susah mati" band2 rock ngan rockers cam Wings, Ella, Scorpion and so on la. So, bila aku balik je ke kampung mesti aku dengar diorang pasang lagu2 rock. Start daripada tu la aku mula terjebak ngan kancah "kerock-an" kat jiwa aku nie.
Masa aku kat sekolah rendah, kalau ada je pertandingan nyanyian ke acara apa2 ke yang melibatkan persembahan kat atas stage, aku mesti tak melepaskan peluang menunjukkan bakat terpendam aku. Lagu pilihan aku semestinya lagu nyanyian rockers pujaan aku cam Shima ngan Ella.Tapi sebenarnya yang paling banyak aku nyanyi lagu nasyid. Al-maklum aku ni sebenarnya "tekong" kumpulan nasid kat sekolah aku..hahaha...Tapi yang paling sweetnya aku pernah jadi juara pertandingan nyanyian tahun 1993 dengan lagu Teringin (Shima)... Cam tak sangka hebat juga suara aku time tu kihkihkih...
......................................................................................................................................................................

Kumpul Koleksi album

Bila dah masuk sekolah menengah je, aku bertukar jadi slow skit la bab rock ni sebab aku sekolah kat SBP(Sekolah Berasrama Penuh). Kami diharamkan bawa walkman so, bagi sesapa yg berani je seludup barang terlarang tu kat dorm. Time tu kalau nak dengar lagu pun pakai radio kecik yg dormmate aku bawa.Terasa cam duk kat zaman jepun lak. Bila ade je favourite band aku realease album, aku pun kumpul duit untuk mendapatkannya. Band yang banyak jadi koleksi aku time tu Wings.Tapi nak layan album ni time aku balik bercuti kat kampung je la. Member2 aku tak ramai yang minat ngan music rock. Yang ade pun sekor dua je. tu pun malu2 nak ngaku minat rock. diorang lebih minat boyband omputeh cam 911, boyzone...cam hampeh..Tapi koleksi album aku banyak yang dah lenyap sebab mase aku takde kampung ramai yang kidnap. wat penat je aku kumpul tau. Bukan setakat album je, sekali ngan poster2 aku dirembat!
......................................................................................................................................................................

Aku dan Rockers.

Walaupun aku minat sangat ngan rock ni, tapi aku tak penah pun berpeluang nak pi konsert mana2 band. Yang ada pun tengok show diorang mase kat funfare je. Aku selalu ikut perkembangan diorang pun melalui majalah2, tv ngan radio je la. Tapi lepas aku masuk U je kalau ada band yang buat roadshow berdekatan ngan kampus, mesti aku tak melepaskan peluang menonton show diorang. Kalau tak silap aku band yang mula2 aku ikut roadshow kat situ ialah Kamikaze. Aku punya excited. Yang jadi mangsanya housemate aku yang sorang tu. Maklum la dia sorang je yg ade transport kat umah aku iaitu moto kapcai.Walaupun dia ni x minat rock dan ala2 alim gitu tapi setelah aku merasuah dia beberapa RM akhirnya dia pun sanggup jadi pemandu aku. Kire best giler la aku dapat tonton betul2 kat depan pentas setelah penat berasak2.  Aku sanggup tunggu sampai abis show semata-mata nak dapatkan autograf diorang terutamanya autograf gitaris kegilaan aku Sham....

......................................................................................................................................................................

Radio inspirasiku..

aku ni jenis yg suka study sambil dengar radio. especially kalau study lwat mlm la. Sebab kalau sunyi sangat nanti buku yg baca aku..hahaha... lagu dan rancangan kegemaran aku mestilah yg ada kaitan dgn rock..

DJ pilihan aku dari skolah menengah sampai aku masuk U adalah Ismahalil Hamzah.. Aku ikut perkembangan dia dari dia kat radio muzik lagi... Mcm2 segmen yg dia pnah buat.. Teka teki lah, carta rock kapak la, carta rock keretapi lah and so on la...kira kalau dia bersiaran je aku x leh miss rancangan dia... so,leh dikatakan dia cam sumber inspirasi la waktu aku blajar...

waktu skolah menengah aku just dpt dengar la peminat2 dia call kat konti. Aku nak call camne? masa tu mana de handphone...yg ade pun public phone. Zaman tu org yg "ada2" je pakai tepon bimbit ni..saiz dia lak jgn cakap la, kalau wat baling kepala anjing leh koma anjing tu hahaha... Itu kire paling canggih la zmn tu... Public phone hostel aku lak x penahnye free... Klau nak guna kena "chop" dulu utk dpt giliran.
Bile dok kat U, aku dok umah sewa. kami kongsi2 duit pasang line tepon. Leh la buat calling mak bapak di kampung, wat guna internet dan paling utama time tu wat telepon org2 tersayang ehem2... Hahaha... So, satu malam tu setelah bertahun2 aku menunggu akhirnya dapat juga aku membuat panggilan ke radio utk bercakap ngan ismahalil nie...time tu dia jadi dj kat THR... Cam x pcaya je...rasa nak melompat keriangan ala2 budak kindergarden gitu... Masa tu ada artis undangan di radio... Bandi Amuk... One of my favourite band and singer... aku berpeluang bcakap dgn bandi gak time tu..tapi yg paling kelakarnya aku leh tanya bandi soalan bonus "x sakit ke tekak bandi dok nyanyi lagu2 guna style tu" bandi jwab sambil buat suara rocknye" x sakit pun ina"... Sambil tergelak2 dgn si ismahalil.. Dia kata ni first time org tnya soalan tu... Konpius aku, camne la leh terkeluar soalan mencabar minda tu... Maybe terlalu excited & campur gugup kot hahaha...

So, after that night kalau ada je segmen yg membolehkan pendengar tepon ke konti aku mesti try tepon...banyak kali gak le panggilan aku ke udara... Kira aku ni peminat "susah mati" gak la kat DJ nie.. Ismahalil.....u are my kecempreng friend.
......................................................................................................................................................................

Aku, Dia dan rock...

Selain mengikuti perkembangan rockers2 ni aku selalu gak bagi feedback kat diorang melalui email... yelah, selepas aku beli album aku mestilah nak kasi komen skit samada yang positif atau negatif kat diorang.. Tapi komen2 yg membina la...Bcoz dengan cara nilah aku nak menunjukkan yg aku ni bukan main layan hentan kromo je tetapi aku juga seorang yg prihatin... Antara artis yg aku penah ber"email" amy search, bob ku2, Cromok and others...

Cerita bab Bob Ku2, setelah sekian lama dok email aku pun face 2 face la ngan dia kat Kuala Lumpur pada tahun 2001.. Aku join bob, adik angkat bob (perempuan seorang penuntut utmkl.. aku dah lupa nama dia) dan 2 org kawan bob iaitu abg Tajul & CD Khanzab..lepak kat KL Sentral ,tengok wayang citer Swordfish kat KLCC, mkn2...

Teringat aku perkara yg paling x dpt aku lupa waktu kami pi mkn mlm kat sebuah gerai di Kg Baru.. Waktu kami dok order makanan di bawah pancaran lampu neon yg samar2 tiba2 akak yg amik order tu leh tanya kat brader CD "akak nak makan pe?" cam nak pecah perut kiteorg gelakkan brader CD. korang kenal x brader CD Khanzab dr band Sil Khannaz nie? Orgnye berkulit putih.. Rambut kerinting panjang mengurai.. memang skali pandang cun gak abg CD nie hahaha...mase tue brader CD pakai baju "bebet" kaler putih.. Kpd brader CD kalau anda terbaca crita nie... Jgn marah beb! Gua skadar berkongsi kisah idup gua je hehehe...
(bersambung...nantikan selanjutnya) to be continued




Kongsi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...