NGAJAT
Tarian semasa menyambut Hari Gawai Bagi suku kaum Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini , penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
......................................................................................................................................................................
PAKAIAN
Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya Dan memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung.
......................................................................................................................................................................
ALAT MUZIK
• Gong besar dan kecil
• Gendang
• Tawak
• Bebendai
• Engkurumong
• Sapeh
......................................................................................................................................................................
INFO
• penari lelaki atau digelar 'keling', • penari wanita atau digelar sebagai 'kumang'
• Sapeh sebuah alat muzik jenis kordofon iaitu alat bertali seperti gitar
• Gendang Sebuah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang
......................................................................................................................................................................
Muzik Sapeh
The Best sapek Instrumen
Sapek - Tusau Padan Sape
Kongsi
0 ulasan:
Catat Ulasan