Uchuu Keiji Gyaban

......................................................................................................................................................................
CORAT CORET

Kali ni aku nak bagi Info pasal Super Hero Kanak-kanak era 80an iaitu Polis Angkasa Gaban atau Uchū Keiji Gyaban yang berasal dari Negara Matahari Terbit (Jepun).

Siri ini mula ditayangkan bermula pada bulan 5 Mac 1982 dan berakhir pada 25 Februari 1983. Filem animasi ini dihasilkan oleh syarikat Toei dan mengandungi 44 episod.
......................................................................................................................................................................
SEJARAH

Pada 1960-an hingga 1970-an menyaksikan era keemasan wira-wira televisyen. Sejak tahun 1960-an hingga 1970-an, banyak siri lain yang dihasilkan termasuk Ultraman, Kamen Rider, Go Rangers dan seterusnya diikuti pula dengan Magma Taishi, Iron King, Spectreman, Lion Maru, dan lain-lain lagi. Syarikat Toei adalah studio yang paling aktif menghasilkan siri-siri pada waktu tersebut.

Pada penghujung era tersebut (1982), Syarikat Toei ingin menampilkan suatu siri yang berlainan. Mereka akhirnya menghasilkan "The Uchu Keiji" ataupun "Space Sheriff" (maksud secara terjemahan terus adalah "Inspektor Polis Angkasa" atau "Detektif").

Siri pertama Uchuu Keiji Gyaban mendapat sambutan yang menggalakkan dan dianggap berjaya. Oleh sebab inilah siri ini diteruskan pada tahun 1983 dan 1984: Uchuu Keiji Shariban dan Uchuu Keiji Shaider.
......................................................................................................................................................................
GABAN? GAVAN? GYABIN?

Nama sebenar rancangan ini dalam bahasa Jepun ialah Uchuu Keiji Gyaban, yang sebenarnya merujuk kepada pelakon Perancis Jean Gabin yang amat suka menjadi polis di dalam filem-filem Perancis.

Tajuk dalam bahasa Inggeris dimudahkan menjadi Space Cop Gabin. Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa Inggeris yang diberikan oleh orang Jepun adalah "Space Sheriff Gavan".

Nama Gyaban hanyalah terjemahan terus dari sebutan katakana untuk 'Gavan' (bunyi huruf v tidak wujud dalam bahasa Jepun sebenar). Di antara sebutan-sebutan yang digunakan adalah "Giyaban", "Gaban", "Gavin", "Giyariba".
......................................................................................................................................................................
PELAKON & TENAGA KERJA

• Cerita: Shozo Uehara, Mikio Matsushita, Susumu Takahisa, Matsushita Mikio, Abe Kazue, Nagai Tatsuro, Tsutsui Tomomi, Hayashi Tsuyoo

• Pelakon: Kenji Oba (Retsu Ichijouji / Gyaban), Wakiko Kano (Mimi), Kyoko Nashiro (Marin), Toshiaki Nishizawa (Profesor Kom), Sonny Chiba (Voicer), Ken Nishida, Aiko Tachibana (Tsukiko), Noboru Mitsutani

• Pengarah: Yoshiaki Kobayashi, Atsuo Okunaka, Takeshi Ogasawara, Hattori Kazuyasu dan Hideo Tanaka

• Lagak Ngeri: Japan Action Club

• Kesan Khas: Nobuo Yajima
......................................................................................................................................................................

• Muzik:    Ost Gaban - Uchuu Keiji Gyaban

......................................................................................................................................................................
Kongsi

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...