Alat Muzik Violin & Selo

VIOLIN @ BIOLA
violin atau lebih dikenali dengan nama biola adalah sejenis alat muzik bertali yang dimainkan dengan mengunakan penggesek(bow). Biola atau violin mempunyai empat tali dan leher yang tidak mempunyai fret. Ia dimainkan dengan cara menggesek tali-tali tersebut dan hujung biola diletakkan di bahu pemain.

Terdapat beberapa alat lain dalam keluarga biola seperti selo. Bezanya adalah dari segi saiz kerana bunyi yang dikeluarkannya berbeza, namun cara bermain adalah sama. Biola adalah yang terkecil dan mengeluarkan bunyi yang paling tinggi.

......................................................................................................................................................................

SELO
Selo ialah sejenis alat muzik seperti biola. Panjangnya yang setinggi manusia membezakannya dalam keluarga alat muzik biola. Cara mainnya sama seperti biola iaitu dengan menggesek tali sambil sebelah tangan lagi menekan-nekan tali di atas lehernya. Bunyi selo adalah yang paling rendah. Selo banyak digunakan sama ada dalam persembahan solo dan orkestra moden.

......................................................................................................................................................................
Kongsi

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...